December 31st, 2011
Aktiviti training Zamri Mohamad bulan ini

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Diari Trainer | Humble makes you hungry

April 20th, 2011

“Never assume I have all the answer. It wouldn’t spark the creativity. Check, test, see and  experiment it,” kata Tuan Sajith Sivanandan.
Ya, saya menulis buku mengenai Google. Saya ada kesukaran melihat di mana fungsi sesuatu aplikasi apabila digunakan bagi tujuan bisnes. Maka buku aplikasi internet tidak saya sentuh dalam keadaan teruja. Sehingga saya menyenaraikan soalan-soalan peniaga kecil mengenai penggunaan di internet, barulah saya dapat melihat dengan jelas bagaimana sesuatu berfungsi.
Bukan sekadar berfungsi, tetapi berfungsi secara cepat, mudah dan praktikal.
Apabila menulis buku Urus Bisnes dengan Google, ia menggunakan gaya fikir seorang peniaga yang mencari cara bagaimana Google dapat meningkatkan potensi bisnes, mengurus maklumat dan menyusun cara kerjanya.
Alhamdulillah, para pembaca memberi respons yang baik apabila buku ini diterbitkan. Dilihat sebagai buku perniagaan internet yang paling mudah diikuti. Dengan izin Allah, pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC bermula Jumaat ini, buku Urus Bisnes dengan Google mudah didapati di sana. Carilah gerai jualan buku PTS di Dewan Tun Hussein Onn.
Mengapa saya bercerita mengenai buku Urus Bisnes dengan Google? 
Dengan izin Allah, saya berkesempatan mendengar penerangan Tuan Sajith Sivanandan yang merupakan Country Head bagi Google Malaysia. Sedikit pengenalan mengenai diri beliau.
Sajith is presently the Country Head of Google Malaysia, where he oversees sales, partnerships and business development operations in the country. Previously he was the Head of Travel for Google Southeast Asia, where he looked after the growth of Google’s online advertising business in the travel sector for the region. 
Hadir ke program ini membantu saya mendapat gambaran lebih jelas apa yang Google lakukan dan ke mana para pengguna akan dibawa pada masa hadapan. 
Satu perkara saya perhatikan adalah hala tuju Google sangat jelas berdasarkan penyata misinya (Mission statement) iaitu;
To organize the world’s information and make it universally accessible and useful.
Penerangan beliau benar-benar memenuhi misi mereka dari aspek ‘organize’, ‘universal accesible’ dan ‘useful’
Misi yang jelas memberi hala tuju kerja kepada mereka. Betapa pentingnya penyata misi ditulis dan disampaikan kepada para pekerja. Inilah pedoman kerja mereka.
Cara kerja Google yang berkembang dari segi maklumat berlaku setiap hari. Di seluruh dunia, dianggarkan terdapat 129 juta buku. Google telah memasukkan 5.2 juta buku di dalam internet dengan anggaran jumlah perkataan 500 bilion.
Memenuhi misi ‘organize’, ‘universal accesible’ dan ‘useful’.
Kemudian Google membantu dari segi melihat gelagat manusia. Ini memberi petunjuk kepada orang bisnes, apa yang mereka mesti lakukan selepas mengenal pasti gelagat pengguna.
Misalnya, kajian penggunaan Google di Amerika. Mereka mendapati majoriti orang lelaki melamar teman wanitanya pada bulan Disember. Hasil carian sangat tinggi ketika itu. Kemudian pada bulan Januari, carian pakaian pengantin meningkat.
Informasi berguna ini membantu pelan pemasaran dan kempen para peniaga. Sama ada peniaga itu menjual cincin atau pakaian pengantin, maklumat yang diperolehi menyusun jadual kempen mereka.
Hal yang berlaku pada Hollywood. Dipercayai James Cameroon menggunakan maklumat trend di internet bagi melihat kecenderungan orang ramai menonton wayang. Carian di Google menunjukkan informasi filem banyak dicari pada bulan Disember.
Jika kita andaikan James Cameroon mengambil maklumat ini dan tayangan terbuka diadakan pada bulan Disember (sememangnya dia buat begitu), maka ia memberi kesan positif kepada tim produksi filem itu sendiri.
Pada tahun 2009 Avatar mendapat kutipan sekitar USD$600 juta. Menyamai filem Titani yang mendapat kutipan sejumlah USD700 juta. Persamaan mereka, filem ditayangkan pada bulan Disember.
Adakah James Cameroon melihat gelagat pengguna di Google?
Maklumat menurunkan berat badan dalam data Google menunjukkan, informasi ini dicari secara konsisten setiap tahun pada tahun baru dan minggu pertama tahun baru. Kemudian carian menurun.
Dari aspek pencarian laptop, didapati graf pencarian laptop dengan kapasiti bateri yang panjang meningkat tinggi berbanding pencarian laptop yang ringan. Maklumat dari graf data Google membantu pengeluar komputer memikirkan, apa langkah seterusnya.
Penggunaan mobile internet dan desktop internet juga satu dapatan yang menarik. Menurut Google, penggunaan mobile internet tinggi pada hujung minggu. Manakala desktop internet pula setiap hari. Dari aspek masa, jam 8.00 pagi, 1 tengah hari dan 11 malam adalah waktu puncak mobile internet.
Google mendapati tiga carian terbesar melibatkan rakyat Malaysia adalah;
(1) Hanfon. Carian meningkat 10 kali ganda dalam tempoh lima tahun
(2) Kewangan dan insuran. Meninggat 7 kali ganda.
(3) Pelancongan
Di Google, tahun 2010 menunjukkan Proton dan Paul Tan merupakan carian tertinggi berkaitan produk tempatan. Maher Zain dan Justin Bieber adalah informasi hiburan yang dicari ramai rakyat Malaysia. Belanjawan dan PMR juga menjadi tumpuan carian pengguna Malaysia tahun lalu.
Berikut merupakan catatan secara langsung dari lokasi semalam. Dicatat melalui Facebook.
  • YouTube enjin carian kedua tertinggi selepas Google. [via Celcom SMS]
  • Tiga orang rakyat Malaysia akan mula bekerja di Google Malaysia 3 minggu akan datang.
  • Jumlah 20% waktu kerja di Google tidak diukur. Mereka hanya memberi kepercayaan pada kakitangan. Apa yang mereka mahu ialah hasil. Caranya, bergantung pada mereka. [via Celcom SMS]
  • Google sedang mengkaji memperkenalkan ‘Google’ untuk fon biasa. [via Celcom SMS]
  • Kepercayaan menjadikan staf diinspirasi sendiri dan bekerja lebih secara sendiri. [via Celcom SMS]

—- Catatan berakhir 
Diari program saya akan datang. Berminat menyertai program di bawah? Klik program pilihan.
  • Kursus Minda Kreatif, menjana idea gila-gila bagi organisasi dan bisnes. Klik di sini.
  • Kursus Penulisan Ekspress untuk Penulis Bebas Akhbar dan Majalah. Klik di sini