Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Wahai pembaca buku Melayu, sudikah kita mencipta perubahan ini?

Sunday, June 6th, 2010
Sedang menghantar emel kepada MPH Alahai! Mutiara Minda. Selesai membaca majalah Mutiara Minda yang diterbitkan MPH. Majoriti adalah mereka yang menyokong dan menyertai Baca@LRT. Syukur, inilah sumbangan rakan-rakan kita di Baca@LRT dalam usaha memandaikan bangsa.
Majalah Mutiara Minda kini di rangkaian kedai buku MPH. Sumbangan karya oleh para penyokong Baca@LRT juga dipaparkan dalam edisi kali ini.

Paparan karya Tuan Ahmad Fedtri Yahya di majalah Mutiara Minda. Terbitan rangkaian kedai buku MPH. Mudah didapati di rangkaian kedai buku MPH. Tanyakan sahaja di kaunter pembayaran. Insya Allah ada. Selepas ini, dengan izin Allah, dari rencana menjadi buku
Antara ulasan buku yang ditulis oleh penyokong Baca@… yang turut serta dalam Baca@LRT, aktiviti membaca secara spontan di LRT. Muncul dalam majalah Mutiara Minda terbitan MPH. Tahniah kepada anda yang menyokong Baca@LRT
Sekiranya kita tanya apa yang diusahakan bagi memberi tujahan kepada industri buku bahasa kebangsaan. Apakah sumbangan yang paling kecil dapat kita usahakan.
Majalah Mutiara Minda diusahakan bagi mengangkat buku-buku dalam bahasa Melayu. Usaha menerbitkan sudah dibuat, dapatkan senaskhah yang harganya cuma RM3.00 di kaunter pembayaran rangkaian kedai buku MPH.
Ketika mana saudara mendapatkan majalah ini di MPH, sekumpulan pembaca sedang membina web Mutiara Minda. Ini adalah usaha menyokong penerbitan majalah ini agar mendapat sambutan ramai.
Bayaran kepada kumpulan pembaca ini?
Mereka tidak menerima apa-apa bayaran. Mereka mahukan majalah ini naik dan menjadi suara rasmi berwajah komersial bagi industri buku bahasa Melayu.
Jika majalah ini mendapat sambutan, maka ia juga memberi kesan kepada industri buku melalui barisan judul buku baru dalam bahasa Melayu di kedai-kedai buku.
Sudikah kita mencipta perubahan ini?
Sekira saudara merupakan ahli berdaftar MPH, tunjukkan kad dan majalah akan diberikan percuma.
—-
Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?
Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Cerita peserta bengkel Blog Shop. Pecutan pertama

Sunday, June 6th, 2010





Apabila peserta menunjukkan momentum yang tinggi, saya pun terkesan sama. Bengkel sepatutnya tamat jam satu, tamat hampir jam empat petang! Enam orang peserta terdiri daripada peniaga kecil dari Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Buku akan diterbitkan tidak lama lagi.
Saya bertanyakan kepada peserta datang dari Johor. Jawab mereka, “Kami bertolak awal pagi. Suami yang memandu membawa kami dan anak-anak ke sini.” Selepas bengkel mereka bertolak pulang semula ke Johor.
Mudah-mudahan dengan usaha mereka, berkati perjalanan jauh mereka ini. Kurnia dan limpahkan rezeki yang halal kepada keluarga ini melalui apa yang diusahakan pada hari ini.
Salah seorang peserta dalam kumpulan hari ini adalah jiran bisnes saya. Iaitu perniagaan beliau terletak di hujung blok bangunan kedai di hadapan kami. Beliau mendapat maklumat daripada internet mengenai bengkel blog shop. Hari ini kami berjumpa buat pertama kali. Beliau adalah usahanita yang membeli bangunan empat tingkat di sini yang dijadikan pusat rawatan kecantikan wanita CTSB.
Katanya kos pengiklanan ditetapkan majalah dan akhbar sudah naik tiga kali ganda, alternatif melalui internet adalah antara yang diusahakan.
Antara perniagaan yang diusahakan oleh para peniaga kecil yang menyertai coaching perniagaan internet blog shop hujung minggu paling aktif di Kuala Lumpur klik di sini.
1. Pes Mee Bandung Johor
2. Kek, candy dan muffin
3. Beg tangan wanita berkualiti.
4. Produk terapi aroma Cleophatra
5. Herba untuk ibu selepas bersalin
6. Ubat kutu untuk ibu yang menghadapi masalah anak-anak yang berkutu. Biasanya apabila dihantar ke taska dan pusat asuhan.
Ada sesiapa mahu membeli produk boleh tinggalkan komen di blog atau pada nota di Facebook bagi entri ini, saya akan maklumkan kepada mereka sementara blog shop dibuat.
Kelas seterusnya adalah pada Julai ini. Informasi di sini.
—-
Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?
Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.