Dia berkata, "Jika tidak mahu jadi penulis, saya bunuh kamu."

  • Rencana khusus, lima hari sebelum berkumpulnya kumpulan penulis ‘bawah tanah’ di laman web ini. Mohon klik di sini
  • Dunia penulisan baik berbentuk rencana mahu pun buku, membawa kita kepada dunia yang memungkinkan suara kita didengari. Tanpa perlu mendapat undi dan berstatus wakil rakyat.




Siapa sahaja kita hari ini, bekerja di bawah mana-mana sektor awam dan swasta ataupun sedang menuntut di mana-mana kolej dan institut pengajian tinggi. Semua mempunyai peluang untuk menjadi seorang penulis secara bebas yang berjaya dari sudut kredibiliti dan kewangan.

Sekarang, kita mungkin berjaya mencapai apa yang diinginkan. Namun kita masih mencari sesuatu yang boleh memberi lebih banyak ruang kepada kebebasan diri dan keluarga.

Boleh jadi ini bukan isu wang, tetapi masa yang berbaki dalam kitaran hidup dua puluh empat jam sehari milik kita, yang mana kita hendak manfaatkan dengan sesuatu yang berfaedah serta menguntungkan. 

Mencipta legasi sesuai dengan bertambahnya umur menjadi seseorang mahu melakukan sesuatu yang dianggap berpanjangan. Ini menjadikan penulisan sebagai satu usahanya.

Sebab utama kebanyakan orang memilih penulis bebas sebagai karier sampingan kerana ia adalah modal membina reputasi diri supaya dihormati di samping sumber kewangan sampingan sebagai alasan kedua.

Banyak sebab mengapa seseorang itu memilih untuk menjadi penulis bebas. Meletakkan angan-angan berstrategi mendorong orang ramai bertindak dan memenuhi keinginan menjadi penulis bebas. Ia dapat dipecahkan kepada beberapa keadaan. 


Dengan meletakkan visual dan dialog angan-angan bersama. Boleh jadi ia akan menjadi keadaan berikut;

  • Bisnes berkembang, “Rencana itu saya letakkan di dinding pejabat dan menjadi bahan promosi perniagaan saya berkali-kali.”
  • Meningkatkan kredibiliti, “Pandangan saya di tempat kerja dihargai.
  • Memberi ruang berkongsi kemahiran kepada para pembaca,
  • Isteri dan anak tersenyum melihat nama suami terpampang pada akhbar dan majalah. Anak saya sambil menunjukkan nama saya, “Ini tulisan ayah!”
  • Si isteri tersenyum mendengar pujian suami, “Isteri saya menulis di akhbar dan majalah,” dan si anak bangga mengiyakan.
  • Kawan-kawan sangkakan saya seperti orang biasa lain sehinggalah mereka berkata, “Eh, ini nama rakan kita! Rupa-rupanya diam-diam ubi berisi!”

Malah ada yang melakukannya kerana hobi atau untuk meningkatkan reputasi. Tersiarnya sama ada secara komersial atau melalui cetakan organisasi meningkatkan status penulisnya sendiri.

Penulis rencana menjual kemahiran dan bakatnya. Kemampuan akal adalah sumber aset untuk menggandakan sumber kewangannya. Seorang penulis bebas melakukan perkara-perkara berikut. Mereka menjual kemahiran, pengalamanan, pengetahuan, bakat dan latar belakang mereka yang diterjemah dalam bentuk penulisan.

Mereka tidak menjual barangan untuk syarikat lain dari pintu ke pintu untuk memperolehi sumber kewangan. 

Mereka tidak menghasilkan produk-produk besar yang memerlukan ruang fizikal yang luas dan teknologi serta peralatan berkuasa tinggi yang mahal untuk menghasilkannya.

Mereka juga tidak memerlukan sebuah tempat khusus sebagai pejabat untuk bekerja sebagai penulis bebas. Di mana sahaja mereka berada, di situlah mereka akan bekerja. 

Tidak memerlukan sebarang staf tambahan untuk membantu tugas-tugas seorang penulis bebas kerana cenderung untuk bertindak sendirian. Pengurusan hidup di bawah kawalan satu individu sahaja yakni diri kita.

Mereka berkerja dengan alat-alat komunikasi yang minimum meliputi komputer, telefon, talian internet, pen dan kertas yang tidak memerlukan model yang sangat besar dan boleh dimiliki pada bila-bila masa.

Menjadi penulis dan menikmati kejayaan dari rumah atau organisasi bukanlah tertakluk kepada tuah, tetapi ia adalah pilihan untuk kita menciptanya. Bina pengaruh melalui penulisan hari ini.

Dia berkata, “Jika tidak mahu jadi penulis, saya bunuh kamu,” ertinya, “Angan-angan tanpa tindakan adalah jasad berjalan tanpa roh. Dalam dirinya mati walau pun nampak hidup.”

Tik tok, tik tok pada angan-angan kita Mohon klik di sini


One Response to “Dia berkata, "Jika tidak mahu jadi penulis, saya bunuh kamu."”

  1. FarhahNur says:

    Hasrat untuk istiqamah dalam penulisan masih 'pending'..haih.

Leave a Reply