Diari Trainer | Ideator kursus kreativiti ke seluruh negara

Bengkel Ideator, Berfikir Gaya Muslim Kreatif akhirnya disempurnakan dengan izin Allah. 

Bengkel disertai orang awam dan kumpulan penggerak NGO. Mudah-mudahan ia dapat dipraktikkan dan diberikan kefahaman.

Kreativiti tidak memerlukan pengamalnya menjadi genius. 

Sebaliknya dengan menggunakan alat berfikir yang bersesuaian dengan situasi, pengamal dapat mengeluarkan idea-idea yang dapat mengatasi situasi yang dihadapi.

Apa pentingnya kreativiti kepada saya?

Dari aspek bisnes, kreativiti membantu dalam aspek produk, harga, promosi dan pencarian pelanggan. Dari aspek keluarga, kreativiti memberi kelebihan dalam menentukan keputusan-keputusan penting melibatkan semua. Dari aspek sosial, penggerak pertubuhan dan wakil organisasi, kreativiti dapat memperkenalkan sesuatu yang baru dalam mengendalikan rutin yang sama kepada khalayak.

Kreativiti menghidupkan mentol idea baru bagi mengatasi situasi, mencipta jalan keluar dan menghidupkan pendekatan yang dahulunya gagal.



Saya akan melakukan semula sekali lagi.

Selepas Bengkel Ideator | Berfikir Gaya Muslim Kreatif anjuran World Muslim Assembly Muslim Youth, saya akan mengendalikan bengkel terbuka pada 7 Mei 2011. Simpan tarikh ini di jadual Tuan dan Cik Puan.

Mereka yang turut serta dalam bengkel sehari ini adalah
  • Pembuat keputusan dalam organisasi yang memerlukan perspektif baru.
  • Pemilik bisnes dan kakitangan yang bertanggungjawab dalam aspek pembangunan, pemasaran dan penjenamaan perniagaan.
  • Penggerak NGO yang aktif dalam memperkenalkan program dan kempen kepada masyarakat berdasarkan fokus bidang.
  • Kakitangan perhubungan awam yang menggerakkan program pembangunan imej organisasi melalui aktiviti-aktiviti dalaman dan luaran.
  • Ibu bapa yang mahu mencetuskan faktor kesegaran dalam aktiviti keluarga
  • Orang awam yang mahu mempelajari dan menguasai kreativiti.


Bagi mendapatkan maklumat lanjut klik di sini

Leave a Reply