Diari Trainer | Lima tahun dan muncul di televisyen

Saya tidak ada satu sangkaan pun bahawa buku yang sudah ‘lima tahun’ di pasaran akan muncul di televisyen nasional dan diperbincangkan selama 15 minit. 


Satu tempoh ‘emas’ bagi sesiapa sahaja menyampaikan mesej. Buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki terbitan PTS Millenia sudah menjangkau usia 1825 hari.

Semoga Tuan dan Cik Puan mudah menemuinya di kedai-kedai buku atau di Book Cafe PTS. Ia adalah judul yang diberikan oleh Puan Ainon Mohd di bawah tajuk Melembutkan Hati Lelaki yang mengandungi 77 bab.

Sepanjang proses ini saya mengumpulkan tip-tip daripada responden yang menjangkau usia perkahwinan yang panjang. 

Malah ada yang sudah pun meninggal dunia tetapi masih dikenang pasangan. 

Keindahan dan kecantikan usaha mereka bersama-sama pandangan kajian dipermudah dan disusun dalam buku ini. Semoga saya dan semua mendapat manfaat daripada buku ini.

Leave a Reply