Doa yang ‘seksi’ dan training kreatif dakwah yang ‘seksi’

Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya.

Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan yang kita rasakan dapat memanfaatkan.

——
Kepada para pembaca blog yang mengikuti perkembangan di sini. Terima kasih atas doa yang tidak putus-putus daripada saudara dan saudari yang membuka pintu-pintu kebaikan yang tidak disangka-sangka.

Semalam selepas berlangsungnya bengkel 3T, Track, Take dan Translate, iaitu bengkel terjemahan dikendalikan oleh Tuan Adly Shamsuddin. 



Bengkel ini benar-benar membuat saya terdiam dan berfikir betapa banyaknya peluang menterjemah kepada mereka yang mempunyai kemampuan bahasa lain kepada bahasa Melayu. 

Maklumat dalaman adalah strategi penting membina parit pendapatan melalui terjemahan. Seni berunding dan mendapatkan projek demi projek serta senarai bayaran mengikut jenis terjemahan dikongsikan dalam bengkel tertutup ini.

Informasi mengenai bengkel ini pernah saya ceritakan dalam blog. Klik di sini.

Kemudian saya mendapat satu  panggilan telefon. 

Katanya, “Saudara, aku doakan agar dilimpahi kebaikan dan rezeki serta mendapat….,” sambil dia ketawa kecil.

Saya hairan dan bertanya, “Mengapa begitu sekali? Tiba-tiba sahaja menghubungi semasa saudara sedang memandu?”

Katanya, “Apabila nabi menyintai sahabatnya maka dikhabarkan di hadapan sahabatnya itu. Ini yang aku lakukan kepada engkau.”

Dalam hal ini saya sedikit beremosi. Disentuh oleh kasih sayang saudara seagama yang sudi menyampaikan hajat kepada Tuhan.

Allah kurniakan hal yang sama kepadanya.

Minggu lalu adalah minggu yang padat. Memfokuskan kepada penjenamaan semula gaya dakwah kreatif di negara ini. 

Allah menyusun jadual agar kali ini saya mengendalikan program kreativiti dakwah kepada kumpulan professional dalam bidang dakwah.


Kali ini saya berada di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Besut, Trengganu bersempena Kolokium Pemantapan Syaksiah dan Kreativiti Dakwah. 

Bengkel kreativiti pertama yang diadakan anjuran JAKIM.

Lihat album penuh sepanjang program di sini
Lihat Album sekitar kawasan program di sini


Mengendalikan bengkel kreativti dai’e bagi kakitangan JAKIM dan kakitangan jabatan agama seluruh negara melibatkan beberapa modul kreativiti.

Pertama, memahami perbezaan kreatif dan super kreatif. Dengan cara ini peserta tahu di mana mereka dan ke mana mereka mesti pergi. 

Melalui cara ini, organisasi dibantu dalam membuat keputusan di mana pegawai yang kreatif dan super kreatif mesti diletakkan.

Kedua, membina perkenalan secara kreatif. Mereka didedahkan dengan teori homofili, mengukur kepercayaan individu di hadapan melalui maklumat yang dikongsi ketika berkenalan, kaedah pengaruh berangkai daripada kad yang menggunakan seni multi level influence.

Ketiga, memberi penekanan kepada mereka bagaimana logik yang membesar bersama mereka sejajar dengan bertambahnya usia adalah pembunuh keberanian berkreatif. 

Modul ini memberitahu secara senyap, apakah keutamaan mereka, kehendak mereka, cita-cita mereka dalam organisasi dan bentuk sumbangan yang mereka dapat berikan 200 peratus. Semuanya datang daripada informasi dalam modul Menara Impian.

Keempat, kreativiti membina pengaruh. Melalui satu ayat yang berpengaruh memberi kesan kepada dakwah dan keseluruhan organisasi. Ia memerlukan komitmen dan konsistensi. Selain daripada seni membina kecantikan sosial ditunjukkan. 

Mereka didedahkan bagaimana mereka yang semakin tua sebenarnya semakin cantik pada pandangan orang lain.

Selepas daripada bengkel ini, Insya Allah, beberapa perkara dapat disusun dan direncanakan. Ia berdasarkan formula, mulakan dengan apa di tangan. Kemudian mencipta kejayaan kecil secara konsisten.



Perkembangan lain, kita sedang berusaha membantu JAKIM dan jabatan agama negeri bagi menyusun program susulan, antaranya;

Pertama, bengkel menulis khutbah Jumaat yang persuasif. Dengan sasaran jemaah kekal aktif dan bertindak selepas mengikuti khutbah Jumaat. Jabatan agama dan organisasi yang berminat dapat mengklik di sini.

Kedua, presentasi ala Steve Job bagi mengekalkan momentum pendengar baik dalam pembentangan di hadapan bagi tujuan dakwah dan organisasi. Jabatan agama dan organisasi yang berminat dapat mengklik di sini.

Ketiga, seni membina video dakwah yang berpengaruh pada kos yang rendah. Termasuk aspek videografi dan visual. Di mana didedahkan kaedah membina skrip dan papan cerita bagi meningkatkan tumpuan penonton. Juga di mana ia dapat disebarkan secara cepat. Jabatan agama dan organisasi yang berminat dapat mengklik di sini.

Keempat, persediaan memperkenalkan strategi dakwah online yang santai dan segar kepada remaja. Ia juga dapat digunakan pakai bagi keperluan organsisasi. Jabatan agama dan organisasi yang berminat dapat mengklik di sini.
Kelima, penulisan buletin organisasi yang membantu meningkatkan imej jabatan dan imej individu yang menulis. Jabatan agama dan organisasi yang berminat dapat mengklik di sini.

Keenam, seni menulis informasi yang bersifat dakwah fasa Mekah di masjid-masjid, agar bersifat memujuk dan tidak menyuruh. Agar ia mesra pengguna masjid. Ini berdasarkan kaedah dan prinsip iklan jualan yang digunakan pakai oleh agensi pengiklanan dalam dan luar negara. Sesuai untuk kegunaan papan-papan notis dan pengumuman di dalam bangunan. Jabatan agama dan organisasi yang berminat dapat mengklik di sini.

Ketujuh, seni berdakwah untuk professional. Membina skrip berdasarkan profession mereka dan disinergi dengan metodologi dakwah. Jabatan agama dan organisasi yang berminat dapat mengklik di sini.

Semoga Allah permudahkan usaha ini. Kita sedang membantu organisasi melalui bengkel-bengkel ini.



Jabatan agama dan organisasi yang berminat mengendalikan salah satu program yang tertera di atas dapat mengklik di sini.



Mohon bertanya, sudahkah saudara melihat program kreatif dakwah yang mengejutkan ini? Klik di sini.

—–

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad?

Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah masyarakat secara total secara mesra syariah. 

Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakkan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.

  • Latihan penulisan  buletin organisasi emelkan ke latihan@akademipenulis.com
  • Jika mahu menjadi penulis bersama di bawah arahan yang ‘keras’ dan ‘kejam’ emelkan ke zamrimohamad@gmail.com dengan subjek, Saya mahu diseksa bersama-sama lima halaman langkau sebaris penulisan sendiri berbentuk fiksyen atau non fiksyen.

One Response to “Doa yang ‘seksi’ dan training kreatif dakwah yang ‘seksi’”

  1. Puan Ainon Mohd. says:

    Ayat-ayat yang digunakan bagi menerangkan input dan kemahiran yang akan dipelajari oleh peserta itu menggunakan ayat-ayat informatif semata-mata. Justeru tiada unsur (i) memberi gambaran palsu, (ii) memberi harapan palsu.

Leave a Reply