Kuliah Trainer (2) Humor, bayangan, skrip komitmen

Kuliah trainer (2) Humor, bayangan, skrip komitmen

Alhamdulillah Allah memberi kesempatan mengikuti woksyop Training and Presenting Like a Pro. Ia dikendalikan oleh Dr Billy Kuek, melalui konsultanya Billy Kuek International.

Entri blog ini dan entri blog seterusnya adalah entri yang saya tulis khusus kepada rakan-rakan trainer dan saudara pembaca. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat belajar sesuatu daripada Dr Billy.

Soalan pertama siapakah Dr Billy Kuek?

Saya mengikuti woksyop seharinya selepas hampir setiap hari melihat iklan di FB.



Dr Billy Kueek lahir di Singapura. Beliau merupakan speaker selama 13 tahun. Beliau sudah menjelajah 40 negara bagi memberi perkhidmatan kepada klien-klien antarabangsa. Antaranya Microsoft, Gillate dan Carl Zeiss.

  • Teruskan dengan tugas kita, “Hidup kita ada kesilapan peribadi? Perbaiki diri, ke depanlah. Trainer bukan manusia super, dia tetap perlu jadi role model bidangnya.”
  • Humor dengan ritma oleh trainer, “Apabila Amerika mencipta roket dan ke angkasa, kumpulan itu dipanggil astronaut. Kemudian Rusia pula menghantar ‘cosmonaut’ diikuti dengan China dengan panggilan tycoonaut. Malaysia, “Can or Not?”
  • Skrip komitmen trainer dengan meletakkan peserta itu penting, “I want to be somebody to somebody,” yakni saya mahu menjadi penting kepada para peserta yang merasakan dirinya juga penting.
  • Bayangan industri training, “Berbengkel pada hari Sabtu dan Ahad sudah jadi trend. Buktinya pernahkah kita menelof rakan dan dalam keadaan berbisik dia berkata, dia di dalam bengkel?”
  • Fokus pelanggan trainer, “Saya tidak mempunyai jumlah pelanggan yang ramai, tetapi pelanggan korporat saya adalah pelanggan berulang. Dari dia menjadi staf kemudian menjadi ketua regional mengikut negara, itulah juga pelanggan saya.”
  • Kata-kata jelas trainer, “Tidak ada sesiapa dapat menjamin kejayaan kepada peserta, tetapi jika mengikut cara yang betul kebarangkalian untuk berjaya itu ada. Peratusnya tinggi jika ikut caranya.”
  • Masa depan trainer, “Manusia adalah pelupa, sekali lagi dia akan berkursus dan memenuhi aspek learning, unlearning dan relearning.”
  • Pelaburan trainer, “Melabur dalam pendidikan diri sendiri adalah pelaburan yang kita tidak tahu bila akan diperolehi semula. Tetapi ia pelaburan yang mesti dibuat awal. Mengapa mahu membayar nilainya yang menjadi satu juta hari ini sedangkan pada waktu sebelum ini nilainya rendah dan kita tidak mahu mengambilnya?”
  • Seni memberi energi peserta oleh trainer, “Dewan program saya tertutup. Apabila pintu dibuka, saya senyum lebar dan menghulurkan tangan bersalam. Kemudian menemui beberapa peserta. Kakitangan pula menjemput masa dengan rasa energi positif.”
  • Seni memberi energi peserta oleh trainer, “Saya tidak dapat memberi pujian kepada semua peserta jika mencapai berpuluh orang. Saya mulakan dengan sesi ice breaking dengan meminta mereka memberi pujian kepada lima peserta lain. Kemudian energi program berubah positif.”

Leave a Reply