Kuliah trainer (3) Apa yang dilihat, apa yang dipelajari

Kuliah trainer (3) Apa yang dilihat, apa yang dipelajari

Alhamdulillah Allah memberi kesempatan mengikuti woksyop Training and Presenting Like a Pro. Ia dikendalikan oleh Dr Billy Kuek, melalui konsultanya Billy Kuek International.

Entri blog ini dan entri blog seterusnya adalah entri yang saya tulis khusus kepada rakan-rakan trainer dan saudara pembaca. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat belajar sesuatu daripada Dr Billy.

Soalan pertama siapakah Dr Billy Kuek?

Saya mengikuti woksyop seharinya selepas hampir setiap hari melihat iklan di FB.




Dr Billy Kueek lahir di Singapura. Beliau merupakan speaker selama 13 tahun. Beliau sudah menjelajah 40 negara bagi memberi perkhidmatan kepada klien-klien antarabangsa. Antaranya Microsoft, Gillate dan Carl Zeiss.

Nota di bawah ditulis secara bebas sepanjang seminar



  • Trainer, berhati-hati dengan MC atau pengerusi yang memperkenalkan kita sebelum program di hadapan peserta. Jika gaya dan suaranya monotonous, tidak menjaga pitch dan perlahan. Dia membunuh momentum program kamu. Saya hampir ‘terbunuh’ & kerja teruk kerana itu. Jaga. Cari cara ‘kosong’kan tempat itu.


  • Pilih ayat yang menjaga kredibiliti trainer. Perkataan diagnosis bermaksud best guess atau agak-agak. Antara tiga perkataan itu, mana satu menunjukkan kepakaran doktor?


  • “Role play one-to-one jangan dibuat di hadapan khalayak. Jaga air muka orang dewasa. Lagi-lagi pelanggan korporat ada imej perlu dijaga. Pecahkan dalam kumpulan dan aktiviti dalam kumpulan itu sahaja atau bawa kesimpulan kumpulan dibentang di hadapan.


  • Berbual dengan alumninya yang menjadi peserta sekali lagi. Seorang konsultan. Katanya, “Dulu programnya yuran RM4000 semasa saya sertai, tahun ini sudah naik RM11,000 seorang seorang untuk pakej penuh.” Masih orang mendaftar. Dr Bill, “Saya cakap terang-terang, yuran naik setiap tahun.”


  • Meskipun peserta mengangkat tangan untuk menjawab, trainer mesti bersifat memilih berdasarkan penilaian kepada peserta sepanjang program. Bagi mengawal risiko trainer di’punish’ peserta yang cari peluang melepaskan stress. Perhatikan perkembangan peserta.

  • Psychogeometrics test dilakukan ke atas peserta dan penerangan diberi selepas gambar selesai dilukis.


  • Para peserta di sini adalah trainer-trainer yang datang melibatkan industri. Trainer ISO dan safety measurement, malah konsultan dalam bidang rumput bagi tujuan hotel, juga green inovasi dan teknologi juga.

  • NLP pernah diharamkan di Singapura dan Malaysia pada tahun 1970 kerana political tension di kedua-dua negara. Diharamkan kerana bimbang disalah guna. Kata beliau, “Jika ada trainer kami melanggar etika, kami akan tarik sijil mereka dan 1.3 juta klien di negara-negara lain juga akan diemel. Antaranya di Britain, adanya kelas NLP untuk lelaki bagi tujuan manipulasi ke atas perempuan untuk…”


  • Sebelum ‘break’ minum pagi beliau memperkenalkan setiap staf dan skil yang dikuasai mereka daripada kelasnya serta apa perkara terbaru mengenai mereka. Sangat jelas kenalnya trainer ‘dalam’ dan ‘luar’ stafnya. Ketika minum, para peserta segera bertemu dengan mereka dan membina perhubungan.


  • Beliau meletakkan kerusi dan kedudukan berdiri lebih ke kanan di hadapan berdasarkan kebiasaan majoriti. Iaitu lebih ke kanan. Sekali sekali beliau bergerak ke kiri. “Conquer the majority”, katanya. Teringat kata Tuan Irfan Jani mengenai Pixar dan seni meletakkan watak baik dan watak jahat dalam animasi.

  • Flip chart bagi tujuan penerangan digunakan bagi dua tujuan, menulis akronim dan melukis satu simbol sahaja pada satu halaman.


  • “Sebagai trainer di Singapura, cabaran kami adalah trainer bermata biru dan berambut perang. Tetapi saya berazam melakukan juga. Berangan-angan mahu belajar daripada legenda bernama Bob Hyke, tetapi tak cukup wang untuk ke sana. Hari ini, saya membuat seminar sepentas dengan lagenda itu. Trainer Asia di negara Barat melatih mereka pula. Buat apa yang kamu terbaik lakukan.”

  • Katanya, “Saya bermula di Singapura dengan mencetak nota dari PC, tidak ada wang beli laptop, nota dibuat dalam bentuk visual aid yang difotostat dan ditunjuk satu persatu di hadapan peserta korporat. Hanya dibayar $800 sehari. Apa pun, bermula dari satu tempat dan berkembang.” Kini meliputi lebih enam negara (sudah 40 negara) dengan English saya F9 dahulu.

  • Beliau menekankan kepada pentingnya trainer mendapatkan kebenaran menggunakan lagu-lagu agar tidak mencerobohi hak intelek orang lain, yakni guna secara ‘percuma’.

  • Sesi ice breaking peserta pun ada skrip rasionalization, kenapa ice breaking dibuat begitu. Peserta senyum kerana berpuas hati apa yang dibuat adalah sebahagian daripada modul. Skrip disesuaikan dengan jenis training.


  • Di meja pendaftaran, diuruskan oleh alumni. Staf yang menyemak nama pendaftaran akan membaca nama tersebut, memohon saya tandatangan, kemudian menyebut nama pada borang bersama perkataan ‘nice’. Dilakukan pada yang lain. Peserta gembira dengan pujian kecil.


  • Dewan ditutup, jam 9 ia dibuka dan Dr Bill keluar dalam keadaan senyuman dan bersalam dengan semua, dia lebih teruja. Kemudian staf menjemput semua peserta masuk. Mencetus rasa positif.


  • Pen saya kehabisan dakwat, Cik Puan Joyce dari admin GSC tidak pinjamkan tetapi hadiahkan pen kepada saya. Moga Allah kurnia kebaikan.

  • Sesi penutup yang memberi kesan, Dr bercerita mengenai salah seorang mentornya dan apa dipelajari. Sesi terima kasih yang cukup Asia!


  • Waktu makan pendek, 35 minit sahaja.


  • Sekiranya trainer mahu membuat rakaman, release form diisi peserta sebelum program. Mengandungi nama, ic, kad pengenalan dan tanda tangan.

Leave a Reply