kursuspenulisan.com | Nama baru muncul di akhbar dan majalah

E-mel kepada alumni kursuspenulisan.com

Assalamualaikum wbt

Tuan dan Cik Puan, rakan alumni dan bakal peserta.

Saya mohon agar para malaikat di langit sudi mengaminkan doa saya agar Tuan dan Cik Puan sentiasa berada dalam keadaan tenang dan gembira, dikurniakan rezeki berganda, dilimpahi rasa kasih sayang daripada mereka di sekeliling dan dilapangkan keadaan. Juga sama-sama kita semua dipermudahkan bertemu Allah dan Rasul dalam sambutan senyuman daripada nabi di sana.

Saya amat gembira kerana dapat menyentuh satu demi satu artikel yang dihasilkan di bengkel. Kerana setiap satu memerlukan perubahan yang berbeza.

Kita nantikan nama baru muncul di akhbar dan majalah.

Kehadiran mereka di bengkel telah mengubah proses bengkel ini pada masa akan datang. Mereka telah memberi idea dalam usaha kami memastikan peratusan penulis baru yang muncul di akhbar dan majalah bertambah.

Mulai Mei 2011 tiga perubahan baru akan berlaku

  • Jumlah peserta dikurangkan. Hanya empat orang sahaja peserta dalam satu bengkel berbanding jumlah yang besar sebelum ini. Saya benar-benar mahu memastikan tuan dan cik puan menulis dan menghasilkan artikel bermutu. Ini komitmen besar saya.

  • Mereka yang mendaftar pada masa akan datang wajib mengemel satu halaman setengah halaman A4 tulisan mereka sebelum pembayaran. Selepas disahkan, barulah proses pembayaran dilakukan. Meskipun mereka membayar terlebih dahulu sebelum disahka, itu tidak menjamin tempat mereka. 
  • Hasil artikel setengah halaman kiriman bakal peserta bertujuan agar saya dapat mengenalpasti di mana peserta berada. Cara bimbingan yang sesuai dengan bakat peserta disusun. 
  • Ini juga akan membezakan antara peserta yang benar-benar serius atau sebaliknya.

  • Penstrukturan harga bengkel bermula 1 Mei 2011 dan sistem ganjaran awal kepada mereka yang mendaftar dan membayar terlebih dahulu selepas disahkan.


Ini adalah contoh artikel tulisan alumni kursuspenulisan.com yang dijadikan bahan promosi radio Traxx.



Lima minit lalu, ini berada di atas meja saya. Kepada alumni, Ahad lalu saya katakan kepada peserta, “Saya akan membuat comeback.” 



Cek ini baru diterima daripada penerbit majalah. Sasarkan bagi mencipta cek pembayaran artikel kita sendiri. Mulai bulan akan datang, saya mengehadkan empat orang sahaja dalam satu bengkel penulisan rencana.

Ayuh, kita sama-sama usahakan mendapat cek pertama dalam penulisan rencana. Rencana yang memandaikan bangsa sahaja. Klik di sini bagi mendapat maklumat lanjut.

Leave a Reply