Tim Kursusperniagaan.com mengendalikan seminar asas pemasaran internet untuk bisnes kecil hari ini, 12 November 2009.
Tahniah dan mudah-mudahan dipermudahkan cita-cita membawa bisnes dari dunia offline ke dunia online. Bakal menjadi ibadah dan rezeki yang berkat. Doa daripada saya dan tim kursusperniagaan.com
Silabus seminar berdasarkan buku Internet Marketing untuk Bisnes Kecil dan Buat Duit dengan YouTube. Buku-buku ini menjadi tumpuan dan dikategori sebagai buku top-20 PTS Pro di MPH Alamanda, Putrajaya.
Respon peserta, Cik Puan Che Ainun Nasihah Ismail selepas program.
“Banyak yang saya pelajari hari ini memandangkan ini kali pertama saya sertai ceramah mengenai bisnes internet. Terima kasih untuk ilmu yg tuan kongsikan hari ini.Cara pendekatan ceramah tuan tadi agak menarik dan isinya juga bermanfaat.
Saya sebenarnya agak kabur tentang bisnes internet sebelum ini tapi setelah mengikuti ceramah tuan, saya mulai nampak cara-caranya.
Selamat maju jaya tuan.”
———–
Tags: Bengkel Penulisan, buku terbaru, forum guru, Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, kursus penulisan, kursus perniagaan Malaysia, PBAKL 2010, pendaftaran perniagaan di Malaysia, perniagaan internet, pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2010, pts professional, pts publication, p[ts milennia, Seminar perniagaan, Uncategorized, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM