Mereka tidak menjual barangan untuk syarikat lain dari pintu ke pintu untuk memperolehi sumber kewangan.
Mereka tidak menghasilkan produk-produk besar yang memerlukan ruang fizikal yang luas dan teknologi serta peralatan berkuasa tinggi yang mahal untuk menghasilkannya.
Mereka tidak memerlukan sebuah tempat khusus sebagai pejabat untuk bekerja sebagai penulis bebas. Di mana sahaja mereka berada, di situlah mereka akan bekerja.
Mereka tidak memerlukan sebarang staf tambahan untuk membantu tugas-tugas seorang penulis bebas kerana cenderung untuk bertindak sendirian. Pengurusan hidup sebagai penulis bebas di bawah kawalan satu individu sahaja yakni diri anda.
Mereka berkerja dengan alat-alat komunikasi yang minimum meliputi komputer, telefon, talian internet, pen dan kertas yang tidak memerlukan model yang sangat besar dan boleh dimiliki pada bila-bila masa.
Tags: cara menulis, penulis bebas, penulisan, Tip Penulis Bebas
