Diari Trainer | Apabila trainer dikursuskan peserta sendiri

April 19th, 2011
Kata-kata ini menjadikan berulang kali saya sebut kepada tim yang bersama-sama mengendalikan kursus ini, “Realitinya kita tidak mengendalikan kursus, tetapi kita yang dikursuskan. Hati kita sedang dilatih oleh mereka.”

Selepas pembentangan kertas kerja, bergegas pulang ke Kuala Lumpur. Keesokan harinya bermula Kursus Professionalisme Orang Kelainan Upaya (OKU). Ia dikendalikan oleh Bahagian Dakwah JAKIM dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). Seramai 60 orang peserta OKU penglihatan dari jabatan swasta dan kerajaan menyertai.
Bagi mereka yang baru mengetahui mengenai PERTIS, berikut merupakan sedikit catatan.
Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia ialah sebuah pertubuhan sukarela berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (No. Pendaftaran PERTIS : 2388). Ia berperanan memberi perkhidmatan bagi faedah masyarakat cacat penglihatan beragama Islam di Malaysia. Bermatlamat memperbaiki taraf kebajikan, pendidikan, sosio-ekonomi serta kefahaman Islam masyarakat cacat penglihatan. 
—-
Sejak Januari 2011 diikuti pada bulan Februari, Mac dan April, Allah mengizinkan kami bekerjasama dengan pihak JAKIM dan majlis agama negeri dalam program pelbagai. Ia diteruskan dengan program ini.

Jumlah 60 orang peserta adalah besar bagi tujuan mengendalikan bengkel kemahiran, yakni mengalihkan skil melalui kaedah ‘lakukan, format dan lakukan kembali’. Ia mesti dilakukan satu demi satu, seorang demi seorang. Mudah-mudahan dengan izin Allah, ia dapat dipraktikkan oleh peserta.
Ini adalah cabaran pertama kami kerana kami tidak pernah mengendalikan kursus melihatkan mereka yang tidak dapat melihat. 
Dari aspek presentasi visual, ia menjadi sesuatu yang perlu kami ganti kepada lebih bersifat audio dan kinestetik.
Kedua, ia melibatkan jumlah yang besar. Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan. Bertujuan memastikan para trainer dapat mengendalikan 30 orang peserta bagi sesi sepanjang hari.
Pandangan mentor yang berpengalaman dalam mengendalikan program melibatkan OKU penglihatan juga diambil kira. Panduan mentor menjadi kepentingan bagi memastikan para peserta dapat mencapai objektif kursus.
Persepsi bahasa melalui pemilihan kata yang tepat bagi memastikan kami menyampaikan mesej yang tepat. Perkataan melihat diulang ganti dengan perkataan mendengar. Ini bagi memecah kebiasaan skrip mengendalikan sesi training sebelum ini. Keterbukaan mereka dalam aspek jenaka memberi satu perspektif baru kepada saya.
Dalam sesi memperkenalkan diri sahabat, salah seorang peserta berkata, “Saya ingin memperkenalkan rakan saya. Sahabat saya hitam-hitam manis sahaja.”
Masing-masing ketawa dan ia berlarutan kepada peserta-peserta lain. Mereka amat positif dan memberi energi kembali kepada trainer dan fasilitator.
Ilmu baru adalah momentum kepada keseluruhan program ini. Ia menjadi faktor kesegaran dalam setiap aktiviti yang diadakan dalam setiap sesi.
Ustaz Kamaruddin yang membantu dalam menyelaraskan program sepanjang tiga hari ini sudah menjangka apa yang akan kami lakukan pada hari pertama. Hari sebelum program bermula. Sebagaimana program terdahulu, meja makan VIP yang disediakan penganjur biasanya kosong dan tidak kami penuhi. Melainkan dalam keadaan yang memerlukan kami di situ. Sebaliknya kami akan duduk dan makan bersama peserta. Kami berpecah duduk di meja berbeza dalam kumpulan peserta berbeza.
Saya hanya berdiam diri memerhatikan interaksi mesra mereka. Apa yang mereka bualkan, topik yang disampaikan, jenaka yang menjadi kesukaan mereka dan persepsi mereka mengenai kursus sebenar. Sementara rakan trainer Tuan Shamsuddin Kadir sudah berbicara mesra bersama peserta di meja satu lagi. 
Dengan cara ini kami dapat mengenalpasti apakah perubahan dalam program yang akan dikendalikan keesokan harinya.
Makan bersama mereka memberi satu pengalaman baru kepada saya. Hari ini saya dapat menghulur air, memaut lengan, berjalan sambil pegang bahu, bercakap dengan ‘ayah’. Dia hanya dapat mendengar dan menyentuh saya sahaja. Peserta yang saya kenali dengan nama Tuan Haji Ismail Omar sangat mesra berbicara.

Kekuatan program ini datang daripada sikap positif mereka, keinginan mencuba yang tinggi dan keterbukaan mereka dalam satu persatu aktiviti. Antaranya yang ditekankan dalam komunikasi organisasi sebagaimana yang mereka mahu pelajari adalah seni berpengaruh dengan intonasi suara, kaedah bahasa tinggi dan bahasa pasar, memahami konsep persuasif dan kategori ampu dalam organisasi serta perkataan berpengaruh dalam interaksi.
Malah mereka tepat pada masa. Jika bermula jam 2.30 petang, maka tepat jam 2.30 petang semua sudah berada di bilik latihan.
Dalam kursus ini saya mendapat maklumat betapa blog yang mempunyai audio cukup menyusahkan mereka. Kerana mereka tidak dapat mendengar ayat yang dibacakan dalam blog apabila lagu itu dimainkan dalam blog tersebut. 
Mengendalikan kursus ini memberi beberapa ilmu pengetahuan baru kepada kami
  • Penyediaan makanan berhidang kepada mereka dari aspek apa yang perlu.
  • Anjakkan masa sebelum rehat bagi memudahkan mereka.
  • Lokasi dewan dan tempat program.
  • Keperluan mereka apa yang mahu dipelajari dalam kursus.
  • Skrip dan dialog yang digunakan peserta.
  • Memaksimakan penggunakan teknik bunyi dan sentuhan.
  • Powerpoint juga membantu jika ditulis teks  yang dapat diaudiokan mereka.
  • Jenis jenaka yang diterima.

Berikut merupakan catatan ringkas sepanjang mengendalikan kursus melalui FB
Mentor di ILIM memberi pandangan kepada saya, “Kekurangan dalam diri adalah tambahan pengalaman satu persatu yang mengukuhkan jiwa.” [via Celcom SMS]
Live ILIM | Saya belajar daripada para peserta OKU penglihatan, “Percaya pada hati sebagaimana kami percaya pada tangan ini memimpin.” [via Celcom SMS]
Live ILIM | Saya belajar daripada mereka, merapatkan saf dengan ‘tangan’ kanan yang menyentuh hati jemaah. [via Celcom SMS]
Live dari ILIM | Sebenarnya ‘kami’ yang sedang ditraining. Terima kasih Allah. [via Celcom SMS]
Live dari ILIM | Peserta mengajar kami, “Orang mengejar warna dunia, sedangkan berbuat baik itu di mana?” [via Celcom SMS]

Sedikit catatan daripada Facebook rakan trainer Tuan Shamsuddin Kadir,
“?3S untuk komunikasi pertemuan sebagai kesimpulan kursus sehari di Institut Latihan Islam Malaysia. Dari peserta OKU Penglihatan iaitu Cik Puan Suhada. Salam, Sapa dan Senyum.”
“Maafkan saya | Belum kursus di ILIM bermula, airmata sudah mengalir apabila memilih untuk makan bersama dengan peserta kursus yang OKU penglihatan. Bayangkan apabila kita dihidangkan makanan dalam keadaan tidak dapat melihat, semua yang ada dalam pinggan itu kita makan. Ya Allah jadikan dunia ini tempat mereka memperolehi pahala yang menjadikan mereka kaya raya di Akhirat. Amin.”
Insya Allah, kepada Tuan dan Cik Puan yang berminat mengendalikan kursus komunikasi berpengaruh organisasi dapatlah mengemelkan ke zamrimohamad@gmail.com
—- Catatan berakhir
Diari program saya akan datang. Berminat menyertai program di bawah? Klik program pilihan.
  • Kursus Minda Kreatif, menjana idea gila-gila bagi organisasi dan bisnes. Klik di sini.
  • Kursus Penulisan Ekspress untuk Penulis Bebas Akhbar dan MajalahKlik di sini

Diari Trainer | Apabila internet di hadapan para imam dan ustaz

April 18th, 2011
Ketika dihubungi melalui telefon kali pertama, lelaki itu berkata, “Boleh saya bercakap dengan Ustaz Zamri?”
Jawab saya, “Mohon maaf Tuan, saya bukan seorang ustaz.”
Dalam kepala saya berkemungkinan beliau mahu bercakap dengan Ustaz Zamri Zainal Abidin atau pun Ustaz Zamri Mantop.

“Oh, maafkan saya ya,” kata pemanggil itu.
Kemudian saya dihubungi sekali lagi, “Boleh saya bercakap dengan Ustaz Zamri Mohamad?”
Sekali lagi saya berkata, “Mohon maaf Tuan, saya bukan seorang ustaz.”
Katanya membalas, “Adakah ini nombor…. diberikan oleh pegawai kami ….”
Oh! Itu adalah saya, benarlah dia menghubungi orang yang tepat. Kebiasaan beliau bertugas dengan para agamawan menjadikan perkataan ustaz itu sebagai satu skrip kepada semua.
“Nama Tuan dicadangkan bagi pembentangan kertas kerja pada 14 April ini bagi seminar Pemantapan Dakwah peringkat negeri Melaka di auditorium al Azim, Masjid Al Azim. Tuan berkelapangan pada hari itu?” pegawai itu bertanya soalan.
Saya menutup mata mengingat kembali. Ini adalah pembentangan kertas kerja selepas yang berlangsung di Langkawi  tahun lalu. Iaitu Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik anjuran Agensi Nuklear Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Sinaran Malaysia dan ITNM.
Dalam seminar terdahulu, saya berkenalan dengan seorang pembentang, Prof Dr Mohd Safar Hasim. Pengarah Komunikasi Korporat dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemudian baru saya ketahui anakanda beliau adalah rakan Facebook saya, Fadzilah Mohd Safar yang menuntut di luar negara.
Dunia yang kecil mempertemukan kami di sudut-sudutnya.
Sudah lama berkeinginan membuat bengkel di Melaka. Akhirnya Allah izinkan melalui pembentangan kertas kerja ini. 
Boleh jadi makbulnya doa Tuan Haji Sabtu yang menekankan pentingnya trainer terlibat dalam pembentangan kertas kerja sebagai satu saluran menyampaikan buah fikiran kepada pengamal bidang. Kata-kata itu dua minggu dilontarkan dalam sesi Sharpen the Saw anjuran TAMRIN lalu.
—–

Ini adalah catatan secara langsung dari telefon di dewan auditorium Al Azim, Masjid Al Azim, Melaka. Saya copy paste dari status Facebook. 
Hari itu berlangsungnya Seminar Pemantapan Pendakwah. Allah mengizinkan saya berada bersama 250 orang peserta. Pagi dimulakan pembentangan oleh Dr Zulkifli Mohamad al Bakri dengan tajuk Pemantapan Jati Diri Pendakwah. Diikuti oleh Prof Madya Dr Farizaq Bt Md Sham dengan tajuk Pendekatan Psikologi Dalam Berdakwah.
Manakala saya membentangkan tajuk Penggunaan Teknologi Terkini Sebagai Pendekatan Dakwah. Pembentang kertas kerja yang jadi separa training.


Album penuh klik di sini
Live seminar | Allah izinkan saya menyampaikan hal ini, buku perhubungan syariah compliant di kedai buku adalah langkah ‘diversion’ kepada pembaca berumur 16 tahun yang sudah mula beli buku angan-angan bercinta. Buku fantasi mesra tauhid adalah proses mencipta kod memori menggantikan fantasi Barat dan empat langkah dakwah online.
Live seminar | Dua hari lalu membaca kisah Dr Zulkifli al Bakri di blog Ustaz Zahiruddin Zabidi. Selepas itu, hari ini Allah pertemukan saya dengan beliau pula. Allah lebih mengetahui.
Live seminar | Daripada mereka, ustaz Azhar Idrus kurang sihat kerana sakit jantung. Semoga Allah beri kesembuhan. [via Celcom SMS]
Live seminar | Kebahagiaan apabila mendengar ‘amin’ di dewan daripada mereka yang mulia dalam kerja dakwah. Allah jualah yang memberi kesempatan itu. [via Celcom SMS]
Live seminar | resolusi dan blueprint dakwah disusun semula melalui training, semoga Allah permudahkan. [via Celcom SMS]
Live Seminar | Salah seorang peserta, anak kepada guru bonda saya. Daripadanya tahulah siapa mentor ustaz Azhar Idrus, 6 tahun mengaji kitab jawi di Melaka. [via Celcom SMS]
Live seminar | Satu pendakwah satu anak angkat orang asli Melaka. Komitmen mereka. [via Celcom SMS]
Live seminar | Disertai pegawai syarak, NGO, pegawai agama, imam dan kakitangan kerajaan mengikut agensi. [via Celcom SMS]
Live Seminar | maksud kabaret, mancis api yang membakar. Ronggeng pula ‘wrong gang’. Kata penyoal. [via Celcom SMS]
Live dari seminar | Kemaafan dan beri kesempatan adalah dua komponen saling melengkapi. Kata Dr Fariza. [via Celcom SMS]
Live Seminar | Pujukan, panggilan halus dan rayuan, memudahkan, sabar dan memaafkan, targhib dan tartib adalah komponen psikologi dakwah. Kata Dr Fariza.
Live seminar | Jangan recycle ayat yang sama kepada golongan sasar berbeza. Sebagaimana lima orang anak karakternya berbeza, caranya berbeza. Kata Dr Fariza.
Live seminar | 367 ayat Quran dapat dikaji dari segi psikologi. Atau ilmu jiwa. Kata Dr Fariza. [via Celcom SMS]
Live Seminar | Pembentangan kertas kerja Prof Madya Dr Fariza Md Sham, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan FPI UKM. [via Celcom SMS]
Live seminar | “Pendakwah mesti disukai, kalau dijauhi, semak diri,” kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]
Live seminar | “Terdapat lima jemaah besar di dunia, antaranya Ikhwan dan Tabligh,” kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]
Live seminar | “Pada sejarah awal tabligh, memujuk orang ke masjid dengan membayarnya,” kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]
Live seminar | “Istimewa pendakwah, dia tanya tetapi dia tahu,” kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]
Live seminar | “Hassan al Banna apabila pulang lewat pagi, dia akan masuk ke bilik anak, duduk di sisi katil, diusap kepala anak & berbicara meskipun keluar awal subuh pulang lewat pagi,” kata Dr Zulkifli [via Celcom SMS]
Live seminar | “Apabila ada dua pandangan, jangan terburu buru membuat pandangan ketiga, cari kesinambungan dulu,” kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]
Live seminar | “Apabila ulama beri pandangan yang kita kurang selesa, jangan melatah, tanya dahulu,” kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]
Live seminar | “Orang meminta buah fikiran, walaupun tak setepatnya, sekurang-kurangnya ia memberi jalan keluar,” kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]
Live seminar | “Bersedia dengan zaman. Dahulu ‘ana’ sekarang ‘bro’,” kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]
Live seminar | “Hukum itu satu perkara, tetapi bagaimana penyelesaianya?” kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]
Live seminar | “Apabila nabi beri seolah-olah dia tidak bimbang kefakiran,” kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]
Live seminar | Pulang ke KL bagi mengendalikan bengkel komunikasi bagi 30 kakitangan OKU penglihatan. Mohon doa daripada rakan FB semoga Allah permudahkan saya, mereka dan kita.
—- Catatan berakhir 
Diari program saya akan datang. Berminat menyertai program di bawah? Klik program pilihan.
  • Kursus Minda Kreatif, menjana idea gila-gila bagi organisasi dan bisnes. Klik di sini.
  • Kursus Penulisan Ekspress untuk Penulis Bebas Akhbar dan Majalah. Klik di sini