Info sisipan
Teruskan membaca entri di bawah
Program talk-show AMMAK anjuran MPH itu akan disiarkan setiap hari Sabtu di TV3 jam 8.00 – 8.30 pagi.
Dalam setiap rancangan 5 buah judul akan dibincangkan.
Sehingga beberapa tahun yang lalu MPH tidak menjual buku, melainkan buku-buku Inggeris sahaja. Hanya selepas Kinokuniya sudah membuka pintunya kepada buku-buku Melayu barulah MPH ikut membuka pintunya juga.
Namun MPH akan membuka tahun baru 2010 dengan membuktikan komitmennya kepada industri buku berbahasa Melayu dengan melancarkan program televisyen yang dinamakan “AMMAK”.
Sebelum ini MPH sudah membuktikan komitmennya dengan melancarkan program Mutiara Minda, suatu program yang mempromosi koleksi judul-judul Melayu dalam rangkaian kedai-kedainya.
MPH juga sudah membesarkan ruangan pameran buku-buku Melayu di kedai-kedainya yang terletak di lokasi di mana penduduk Melayunya adalah majoriti. Di sesetengah outletnya, rak buku-buku Melayu diletakkan di hadapan pintu masuk. Malah di outlet seperti di kompleks membeli-belah Alamanda di Putrajaya, 80 peratus stok yang dipamerkan adalah judul Melayu.
Program talk-show AMMAK anjuran MPH itu akan disiarkan setiap hari Sabtu di TV3 jam 8.00 – 8.30 pagi. Dalam setiap rancangan 5 buah judul akan dibincangkan.
Siaran pertama adalah pada Sabtu 2 Januari 2010.
30 Strategi Membina Pengaruh – Zamri Mohamad
Imam Syafie – Abdul Latip Talib
Di Mana Terangnya Bulan – Baharuddin Bekri
Sayalah Putera Mahkota – Aizam Aiman
Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire – Farihah Iskandar
Penerbit AMMAK di studio TV3 adalah Cik Ifawani Omar.
——–
Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.
Tags: buku, facebook pts, KLIBF 2011, PBAKL 2010, pesta buku 2011, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2010, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, PTS 2010, PTS 2011, PTS Fortuna, PTS Islamika, PTS Litera, pts millenia, PTS One, pts professional, pts publication, PTS Publications