Biodata

Pengenalan

“Konsep kejurulatihan dan bimbingan saudara Zamri Mohamad tidak berdasarkan teori semata-mata. Ini menjadikan kursus kendalian beliau di institusi kerajaan dan swasta dalam bidang penulisan dan pemasaran internet sangat hidup!”

“Apa yang dilakukan beliau dan tim adalah memberi skil yang dapat meningkatkan keperluan organisasi dan keperluan peserta untuk tujuan peribadi.”

Sejak 2006, Zamri Mohamad menulis buku dengan memegang falsafah, memudahkan ilmu untuk masyarakat. Ini menjadikan buku-buku Zamri Mohamad yang diedarkan di seluruh negara mendapat respon positif pembaca serta diulang cetak bagi keperluan perpustakaan, kedai buku dan pengedar.

Buku-buku beliau memenuhi kehendak orang ramai melalui hasil penulisan yang mudah difahami dan memenuhi apa yang dicari pembaca.

Biodata penulis buku di Malaysia

ZAMRI MOHAMAD dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media.

Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.

Beliau pernah muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Kampus, Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademik, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.

Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV.

Pernah menjadi pembantu koresponden Malaysia bagi Islam Online, sebuah agensi berita antarabangsa yang beroperasi di Dubai, Emeriah Arab Bersatu.

Pernah menjawat jawatan pembantu kepada Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada tahun 2002-2005, beliau pernah menjadi penyelidik bebas secara sambilan bagi sebuah konsultan perunding perniagaan kecil, Sprint Marketing Concept di Kuala Lumpur.

Melalui konsultan perniagaan kecil yang telah beroperasi sejak tahun 1996 ini, tugas beliau melihat trend dan perkembangan bisnes kecil khususnya dalam bidang francais dan F&B (Food and Beverages) melalui kenyataan media.

Zamri Mohamad adalah jurulatih penulis dan pengendali bengkel penulisan buku non fiksyen. Beliau bekerjasama dengan Akademi Penulis dan menjadi mentor penulis kategori rencana akhbar dan majalah. Klik di sini

Beliau juga jurulatih penulisan skrip jualan untuk Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil. Sebuah seminar yang diasaskan bersama-sama Izwan Wahab, pakar pereka kreatif sistem dan penganalisis carian enjin internet. Klik di sini

Aktif melibatkan diri sebagai peserta dalam program-program seminar-seminar, kursus, bengkel, pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar di peringkat tempatan, nasional, asia tenggara dan antarabangsa. Ini untuk membantu beliau dalam menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk dikongsi orang ramai.

Buku penulisan ZAMRI MOHAMAD

“Buku-buku beliau terus diulang cetak dan memberi kesan kepada pembaca”

Buku-buku dihasilkan.

2006: Memahami Bahasa Cinta Lelaki
2006: 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki
2006: Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas
2007: Magnet Cinta
2008: Rahsia Bisnes Mamak
2008: Mempengaruhi Bos Cara Streetsmart
2008: Mengurus Konflik Gaya Streetsmart
2008: E-buku Tip Karier untuk Wanita Moden
2009: Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
2009: Tip Menjadi Penulis Bestseller
2009: Internet Marketing untuk Bisnes Kecil
2009: Geng Genius Misteri Lokman

2009: Buat Duit dengan YouTube
2009: 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh
2009: Remaja@PTS One

Pencapaian buku ZAMRI MOHAMAD

Keempat-empat buah buku iaitu Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, Magnet Cinta dan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas memasuki Singapura dan melalui National Library Board (NLB) Singapura, buku tempatan ini berada di perpustakaan-perpustakaan komuniti Singapura.

Buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, Magnet Cinta juga dijadikan bahan perpustakaan komuniti kelolaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia.

Buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki dan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas diulang cetak.

Buku Rahsia Bisnes Mamak disiarkan tiga kali berturut-turut dalam akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian Jun 2008.

Paparan media ZAMRI MOHAMAD

Muncul dalam akhbar Sinar Harian edisi Melaka bagi paparan Bengkel Penulis Bebas di Melaka pada Mac 2009

Muncul dalam akhbar Utusan Malaysia bagi paparan Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil di Malaysia pada Mac 2009

Muncul dalam akhbar Sinar Harian edisi Kuala Lumpur bagi paparan e-buku Tip Karier untuk Wanita Moden pada September 2008.

Muncul dalam akhbar Utusan Malaysia, Ulasan Buku Rahsia Bisnes Mamak pada 16 Jun 2008.

Muncul dalam akhbar Sinar Harian Edisi Melaka pada 11 dan 13 Jun 2008. Laporan Nor Farhana Yaacob

Muncul dalam ruangan Bual Bahasa, majalah Dewan Bahasa. Temuramah oleh editor, Puan Ritah Yahaya pada Mac 2008.

Muncul dalam ruangan Sastera, Berita Harian. Tulisan Tuan Nazmi Yaakub pada 27 Disember 2007.

Muncul dalam majalah Quill edisi Ogos 2007 terbitan MPH Bookstores Sdn Bhd.

Muncul dalam ruangan Author Highlight majalah PopClub Mac 2007 terbitan Popular Book Co. (M) Sdn

Muncul dalam ruangan Resensi, Selamat Pagi Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kendalian pengacara televisyen, saudara Syed Munawar.

Temubual oleh saudari Suhada Masri dalam ruangan Bicara Pengarang, ruangan Sastera dan Budaya, Berita Harian pada Mei 2006.

Temubual oleh saudari Wan Maidatul Razimah Shamsudin dari majalah Perempuan keluaran Mac 2007.

Temubual ruangan Pendapat, Isu Hiburan Dalam Islam oleh saudari Zalmimazura Zahari dari majalah I pada tahun 2006.

Temubual ruangan Pendapat, Isu Saudara Baru oleh saudari Zalmimazura Zahari dari majalah I pada November tahun 2007.

Penglibatan ZAMRI MOHAMAD

Perunding pemasaran karya di internet melalui seminar intensif penulis bestseller anjuran Akademi Penulis Febuari 2009

Fasilitator bengkel penulisan buku sejarah BPTV pada Febuari 2009 anjuran Fauzul Naim Sdn Bhd

Panel Bicara Buku Rahsia Bisnes Mamak 2008 anjuran Koperasi ANGKASA

Panel Rahsia Bisnes Malaysia 2008 anjuran Universiti Islam Antarabangsa

Menjadi juri Program Karya Kreatif dari Menara Gading anjuran Perpustakaan Negara Malaysia sempena Pesta Membaca 2008

Muncul dalam program ceramah buku sempena bulan kemerdekaan di MPH Mid Valley Ogos 2008

Muncul dalam program ceramah buku sempena ulangtahun ke-60 Kedai Buku Thai Kuang di Mahkota Parade, Melaka pada 7 Jun 2008

Mengendalikan bengkel asas penulisan buku di Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor, pada 15 Mac 2008.

Mengendalikan bengkel penulisan remaja, Teknik Menulis : Teori dan Praktikal 2007 bagi anggota Kelab Kreatif, Pusat Ilmu Asas UIAM dan ahli-ahli PKPIM di Janda Baik, Pahang Darul Makmur

Penggerak program Penulis Bersama secara online dan sistem mentor bagi siri buku profesional dan bantu-diri.

Melibatkan diri secara langsung sebagai satu-satunya penulis muda Malaysia bagi laman web Indonesia Tercinta. Sebuah laman web yang menghimpunkan penulis-penulis muda dari seberang.

Ahli maya Writers.net. Sebuah laman web yang menghimpunkan penulis-penulis dari seluruh dunia.

Muncul dalam program Bicara Buku anjuran bersama PTS Professional dan rangkaian kedai buku MPH di Wangsa Maju sempena program Bersama Penulis pada November 2007 .

Muncul dalam program Bicara Buku anjuran bersama PTS Millennia dan rangkaian kedai buku MPH di Alamanda dan Wangsa Maju sempena program Semarakkan Cinta pada Febuari 2007 .

Terlibat bersama-sama Perwakilan Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib dalam pameran seni maya dan bergerak, Expression of Peace anjuran Dr Hirsh Diamant dan para pelajar Evergreen State College, Olympia, Washington D.C pada November 2006.

Ex-officio program tayangan umum pertama filem pendek di Malaysia, BMW Shorties bersama Alumni Mahallah Ali Ibn Abi Talib dan BMW (Malaysia) pada Julai 2007.

Pengasas dan penggerak projek pilot webTV dan radio maya pertama UIAM melalui laman web rasmi, Aliman kendalian Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib.

Lain-lain penglibatan ZAMRI MOHAMAD

Program ‘Millionaire in Me’ oleh pakar hartanah nasional, Azizi Ali di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (2006).

Program ‘Internet Millionaire’ oleh pakar hartanah nasional, Azizi Ali di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tajaan DIGI Communications dan Information Technology Division (ITD). (2007).

Seminar antarabangsa, The Hadhari Approach: A Catalyst Towards South-South Development and Prosperity anjuran Gerbang Maklumat Selatan-Selatan, Kementerian Penerangan Malaysia (2006)

Seminar kaunseling Kekeluargaan, Pendekatan Efektif Dalam Membimbing Remaja anjuran Jabatan Kaunseling, UIAM (2006).

Program ‘How to Build Self-Confidence’ oleh Nik Affendy Nik Abdul Rashid. Setiausaha Sulit, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri dan UIAM (2006).

Program ‘A New World Orde’ oleh Ahli Parlimen Britain, George Galloway anjuran AMAN Malaysia dan JUST. (2005)

Seminar Kepimpinan Remaja Muslim 2004 anjuran Persatuan Pelajar Somalia.

Program ‘A moment with Canadian Muslim’ anjuran kedutaan Kanada dan UIAM (2005).

Bengkel Editor Foto ASEAN anjuran Sekretariat Nasional ASEAN-COCI Malaysia dan BERNAMA (2005).

Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk anjuran Jemaah Islah Malaysia (2002).

Seminar Hiburan dan Kesenian Dalam Islam anjuran JAKIM (2005).

Program In Person bersama Datuk Manja Ismail, kumpulan editorial Berita Harian (2006).

Forum Journalism: Future and Prospect oleh Datuk Ahmad Talib, Maxis Communication anjuran Jabatan Komunikasi UIAM (2006).

Seminar Sehari Kebebasan Media anjuran Jabatan Komunikasi UIAM (2005).

Forum bersama Persatuan Pelajar Antarabangsa Singapura dan Radio Singapore International (2006).

Seminar, ‘Freedom of Media Reporting’ anjuran Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), UIAM (2006).

Program, ‘The Art of Negotiation’ oleh Jabatan Kaunseling, UIAM (2006).

Seminar Psikologi Gunaan 2005 peringkat nasional anjuran Pusat Psikologi Gunaan, Jabatan Kaunseling UIAM (2006).

Seminar Gejala Pelacuran di Malaysia anjuran Jabatan Kajian Wanita, Pusat Psikologi Gunaan, UIAM (2005).

2 Responses to “Biodata”

  1. Aminah says:

    Saya guru..Saya berminat dalam penulisan buku rujukan bagi subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekolah rendah…Blh share info
    o14-3267886

Leave a Reply