Posts Tagged ‘Booknetwork Sdn Bhd’

Kedai buku beri sokongan kepada buku penulis tempatan

Sunday, May 24th, 2009
Kedai buku Booknetwork Sdn Bhd
Tiga buah buku di window display.
Hadapan kedai buku
Tuan Asyraff membeli Internet Marketing untuk Bisnes Kecil. Terima kasih.
Tip Menjadi Penulis Bestseller boleh didapati di sini
Mengurus Konflik Gaya Streetsmart juga berada pada rak yang sama.
Jangan lupa, buku kontroversi, Rahsia Bisnes Mamak bagi mereka yang ada perancangan perniagaan dan mencari peluang perniagaan di Malaysia.
Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedai buku Booknetwork Sdn Bhd kerana sudi memilih ketiga-tiga buku tulisan Zamri Mohamad dan para rakan penulis lain untuk dipamerkan pada bahagian window display kedai mereka. Ini adalah pertama kali saya melihat buku-buku ini diletakkan pada kedudukan itu.

Buku-buku Zamri Mohamad seperti Mengurus Konflik Gaya Streetsmart, Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart, Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan Internet Marketing untuk Bisnes Kecil mudah didapati di sini.

Kedai buku ini terletak di tingkat tiga dalam pasaraya Giant, Taman Permata, Kuala Lumpur.

Terima kasih sekali lagi kepada Booknetwork Sdn Bhd

Mahu menjadi penulis? Klik di sini.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.