Posts Tagged ‘cara menulis’

Kursus Penulisan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Sunday, December 13th, 2009

Teruskan membaca entri di bawah

———-



Perjalanan sejam dari LCCT ke Langkawi pada Jumaat 11 Disember 2009 mempertemukan saya dengan beberapa individu yang mempunyai cita-cita dan impian yang tinggi untuk organisasi.

Melalui panggilan telefon daripada Tuan Haji Yusof dari IADA Kerian, Sungai Manik, Perak, saya melalui Akademi Penulis dijemput ke sana bagi memberi latihan penulisan rencana kepada 36 orang kakitangan jabatan dari seluruh negeri Perak dan Kedah.

Selama lima jam bengkel berlangsung bermula jam tiga petang sehingga 12.30 malam, para peserta didedahkan tip-tip terkini bagaimana menghasilkan rencana yang diminati pembaca. Penulisan rencana yang menarik secara langsung meningkatkan imej organisasi.

Tujuan IADA Kerian di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengadakan bengkel ini adalah bagi mengumpul cerita-cerita kejayaan yang dicapai oleh para petani dan kakitangan agensi di bawah label Success Story.






Bertempat di Hotel City Bay View, 36 peserta didedahkan dengan meningkatkan fokus penulisan, memahami formula 3P iaitu Penulis, Penulisan dan Pemasaran yang menjadi kejayaan kepada individu dan agensi memperkenalkan idea mereka melalui rencana.

Respon yang diberi amat menggalakkan dan pra komitmen bagi mengadakan bengkel seumpama ini di peringkat pusat dan negeri sedang diusahakan.

Sebarang jemputan kursus penulisan rencana bagi meningkatkan imej para pegawai agensi kerajaan dan swata dapat melalui pegawai berikut;

Tuan Abdul Qahhar
Akademi Penulis Sdn Bhd
0136288614
latihan@akademipenulis.com

Tip-tip penulisan daripada penulis prolifik Dr Jeniri Amir

Saturday, April 18th, 2009
Sempat lagi mengemaskini web kursuspenulisan.com sebelum bertolak dari Melaka.
“Cadangnya saya mahu ke PWTC esok bertemu Puan Ainon,” jelas Dr Jeniri.
Jalan jauh mana pun tetap puas hati.
Prof Dr Muhd Kamil dan isteri.
Soal jawab, bagaimana mencari masa berkarya untuk seorang guru, isteri dan ibu kepada anak-anak.
Dewan kuliah penuh sehingga ada yang perlu berdiri di belakang.

Dr Jeniri Amir dalam penyampaian beliau.
Ucapan dan kata-kata aluan.

Pada hari yang sama Dato’ Mahadzir Lokman juga mengendalikan kursus dua hari di sana.



Ya, saya tahu saya ketinggalan beberapa aktiviti menarik di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, PWTC pada hari ini. Saya tinggalkan semua itu untuk seketika agar saya berpeluang berguru dengan Dr Jeniri Amir, penulis prolifik Malaysia. Kali terakhir saya duduk semeja bercerita ringkas ketika Pesta Buku tahun 2008.

Kali ini beliau diterbangkan ke semenanjung bagi berkongsi keajaiban penulisan di UITM Segamat, Johor. Ini kali kedua saya ke sana selepas jemputan bersama Tuan Azmi PTS Islamika bagi mengendalikan bengkel penulisan sehari untuk para pelajarnya.

Terlalu banyak mutiara berharga ingin saya kongsikan kepada Tuan dan Puan, tip-tip penulisan daripada Dr Jeniri Amir. Insya Allah saya akan kongsikan dari masa ke semasa dalam blog ini dan dalam mailing list zamrimohamad.com.

Terima kasih kepada Prof Dr Muhd Kamil dan tim UiTM Segamat membawa beliau ke sini. Terima kasih juga atas kesudian memberi autograf pada VCD Travelog Haji yang ingin saya hadiahkan kepada ibu.

Buku Travelog Haji yang dibaca ibu penuh dengan catatan-catatan berdakwat pena sepanjang pembacaan beliau. Tidak lupa beliau mengutip nasihatĀ  yang terakam dalam buku ini. Anak-anaklah tempat ibu menyampaikan nasihat apabila berbicara di ganggang telefon.

Apabila saya singgah melihat muzium mini di sini, fahamlah saya mengapa budaya penulisan begitu subur di sini baik pensyarah mahupun pelajarnya. Sudah banyak rekod kecemerlangan dan kejayaan telah dicatat dalam aktiviti penulisan.”Harapan saya perjalanan saudara dari Kuala Lumpur ke sini berbaloi,” kata Dr Jeniri.

Pastinya amat berbaloi buat saya dan Firdaus. Dari Kuala Lumpur, singgah semalam di rumah saya di Melaka, bertolak seawal jam 7.00 pagi semata-mata tidak mahu terlepas seminit mengikuti bimbingan daripada penulis tersohor ini.

Esok, dengan izin Allah, saya ke PWTC. Jangan lupa dapatkan kupon diskaun buku PTS di sini. Miliki koleksi buku hasil tulisan saudara Zamri Mohamad di Pesta Buku.

Nota: Gambar diambil oleh Muhammad Firdaus Ariff

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.