Posts Tagged ‘diari’

Tahun 2010 tahun kursus swasta kerajaan Online Presence Management

Monday, December 14th, 2009

Info sisipan


Teruskan membaca entri di bawah

Kalendar tahun 2010 sudah bermula.


Satu program Online Presence Management bakal diperkenalkan kepada institusi kerajaan dan swasta.

Eksperimen sedang dilakukan oleh tim pemasaran internet dari kursusperniagaan.com bagi mengenalpasti strategi-strategi bagi menjadikan jenama institusi lebih relevan dalam Google.

Jika diizinkan Allah, dua lagi pakar pemasaran internet akan diumumkan kepada khayalak. Ia akan meliputi analisa strategi melalui Google untuk bisnes dan pengurusan blog korporat.

Pada peringkat permulaan kami memfokuskan program Online Presence Management kepada para penerbit buku seluruh negara.

Ia sudah dimulakan dengan FNSB, kumpulan anak syarikat berstatus sendirian berhad yang menumpukan pada pembangunan penulis dan penerbitan bermutu.

Nota: Laman web kursusperniagaan.com adalah salah satu hasil dalam pengindeksan carian Google apabila laman web melibatkan MARA, Malaysia Franchaise Association dan PUNB jatuh daripada senarai lima yang pertama carian kursus perniagaan dalam Google . Ketika ini, eksperimen baru dilakukan ke atas sebuah institusi niaga swasta bagi mengenalpasti kata kunci dan kaedah meningkatkan presence carian baru ke atas laman web baru.

Orang Kurang Upaya OKU | Peranan penulis komitmen komuniti

Monday, December 14th, 2009

Info sisipan


Teruskan membaca entri di bawah

Kalendar tahun 2010 bermula

Dalam kalendar 2010, program ini adalah usaha dan komitmen beberapa penulis bagi meningkatkan tahap pendapatan Orang Kurang Upaya.

Program ini didedikasi kepada allahyarham Badruzamani, pembaca OKU yang mendukung karya-karya saya antaranya Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas. Buku berjudul Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah satu-satunya buku yang mempunyai bab khusus mengenai hidup beliau.
Buat pengetahuan pembaca, talkin allahyarham juga dibacakan oleh seorang penulis buku ketika beliau dikebumikan. Baca di sini bagaimana sokongan diberi oleh pembaca OKU untuk buku Tip Menjadi Penulis Bestseller ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

Malah baru-baru ini seorang penonton OKU ‘mendengar’ rancangan Tuan Shamsuddin Kadir di TV3 dan melayari laman web penulisnya.

Beliau mahu mendengar rakaman video Tuan Shamsuddin di laman web. Suaminya membantu melayari web. OKU itu buta dan menjadikan telinga sebagai mata bagi menonton penulis dan mendengar kata-kata penulis.