Posts Tagged ‘forum guru’

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Tip Menjadi Penulis Bestseller

Friday, November 13th, 2009





Ceramah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (BKM) pada 27 Oktober 2009. Dipecahkan kepada dua tajuk. Tajuk Industri Penerbitan oleh Tuan Aizat Razak dan Tip Menjadi Penulis Bestseller oleh saudara Zamri Mohamad. 40 orang guru terlibat dalam program ini.

———–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Menghargai pembaca buku terbitan PTS Publication

Friday, November 13th, 2009

Buku 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh ‘hilang’ beberapa kali sepanjang bengkel sepanjang tiga hari. Akhirnya ditemui semula di tangan Dr Azizi, pensyarah kejuruteraan lulusan universiti dari Jepun.

Beliau membaca buku ini dan menyifatkan buku 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh memaparkan pilihan individu-individu berpengaruh dalam buku yang kena dan amat rapat dalam hidup kita.”

Informasi lanjut

Buku ini adalah hasil sentuhan professional tim PTS Millenia dan kekuatan PTS keseluruhan. Terima kasih semua!


Bersama tuan Fazlaidha, pembaca buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Adik beradik beliau merupakan usahawan siri pakaian muslimah Get Gorgeous.

Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller dipaparkan. Buku ini adalah terbitan tim PTS Professional. Info buku di sini.


Di akhir program saya didatangi salah seorang peserta, Dr Rosmaini Tasmindari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Bahu saya ditepuk dan beliau berkata, “Saya mahu memberitahu saudara. Saya beli dan saya baca buku Tip Menjadi Penulis Bestseller.”

Beliau merupakan pensyarah ‘Production and Operation’; di Fakulti Pengurusan Maklumat. Beliau berpengalaman lebih 10 tahun melibatkan badan multinasional seperti Sony, Sumitomo and Thomson.

Sejauh ini saya ditakdirkan Allah bertemu pembaca yang juga pensyarah yang dihormati.

Info klik di sini

———–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.