Posts Tagged ‘kursus keusahawanan’

Tahun 2010 | Kursus penulisan dan kursus perniagaan

Monday, December 14th, 2009

Info sisipan


Teruskan membaca entri di bawah

Kalendar tahun 2010 bermula.

Bengkel yang dikendalikan oleh tim kursuspenulisan.com ditangguh berikutan jemputan insitusi swasta dan kerajaan. yang bertindan dengan tarikh program jemputan. Bengkel ini bakal dimaklumkan semula tarikhnya pada Januari ini.


Lebih mengejutkan, ada pula yang sudah memasukkan wang ke dalam akaun kami bagi mengesahkan tempat sebelum tarikh dinyatakan kepada umum.

Kami memahami kehendak tinggi tuan dan puan yang mahu turut serta dalam kursus penulisan rencana untuk penulis bebas. Mohon kepada tuan dan puan agar tidak memasukkan wang penyertaan sehinggalah pihak kami memaklumnya.

Tip Memulakan Perniagaan Cara Mamak

Saturday, September 19th, 2009

Rancangan Memulakan Perniagaan mendedahkan bagaimana peluang perniagaan berkembang dalam perniagaan India Muslim di Malaysia.

Rakaman tiga siri video di bawah dipetik daripada buku Rahsia Bisnes Mamak terbitan PTS Professional. Dapatkan naskhah terhad secara online di sini http://tinyurl.com/bisnesmamak

Lontarkan komen saudara di blog ini

Nota: Subscriber melalui emel mungkin tidak dapat menonton melalui emel. Klik di sini

———–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.