Posts Tagged ‘Pesta Buku 2010’

Bulan madu dan buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

Tuesday, June 9th, 2009

Moga tidak terlewat mengucapkan selamat pengantin baru kepada pembaca, Puan Sharena dari Cyberjaya dan suami. Puan Sharena adalah pembaca Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.
Mereka dalam perancangan berbulan madu di Cameron Highland pada pertengahan Jun ini. Kami mendoakan semoga Allah memberikan rezeki melimpah ruah dan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada suami isteri ini.
Sinopsis buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya.

Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

Terima kasih kerana membaca.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Berita Harian | Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

Saturday, May 23rd, 2009
Screenshot ulasan buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah di Berita Harian

Assalam alaikum wbt

Puan Hasliza Hassan yang dihormati dan dirahmati Allah.

Saya doakan Puan berada dalam keadaan sihat sejahtera, dipermudah segala urusan, diberikan kelapangan dan dikurniakan rezeki melimpah ruah daripada Allah.

Puan yang saya hormati,

Ucapan ribuan terima kasih atas kesudian memilih buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah untuk dipaparkan dalam ruangan Iqra, Agama Berita Harian hari ini, Rabu 20 Mei 2009. Sebagai penulis biasa dalam industri buku, ia menjadi penghargaan besar kepada saya apabila Puan sudi memberi ulasan kepada buku tersebut.

Bersama-sama Tuan Imran Yusof, penulis yang turut menyumbang sebahagian besar maklumat untuk buku itu, bantuan Puan menguar-uarkan melalui ruangan di Berita Harian membantu kami menyebar luaskan mesej dalam buku ini kepada para pembaca, khususnya pembaca muda yang berhadapan dalam cabaran sosial dalam mempertahankan nilai hidup yang ideal.

Sekali lagi, saya dan Tuan Imran mengucapkan terima kasih atas bantuan Puan. Tanpa bantuan Puan, buku ini tidak dapat mencapai sasaran ke khayalaknya. Dengan sokongan Puan, kami akan terus berkarya dan menghasilkan ilmu yang bermanfaat untuk orang ramai. Mohon doa Puan agar kami diberi kesihatan, kelapangan dan rezeki yang dapat membantu daya usaha kecil kami.

Kami doakan semoga Allah memberikan limpah rahmatnya kepada Puan sekeluarga.

Terima Kasih.


ZAMRI MOHAMAD
Layari www.zamrimohamad.com

Ulasan oleh Puan Hasliza Hassan

Judul: Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
Penulis: Zamri Mohamad, Imran Yusof
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Pengulas: Hasliza Hassan

ADA mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan, ada pula mengatakan perkahwinan ibarat percaturan dan tidak kurang berpendapat perkahwinan adalah perkongsian hidup dua hati daripada latar belakang berbeza.

Apa juga definisi perkahwinan, buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah menyingkap petua cinta alam perkahwinan, pengalaman sebenar, panduan berguna serta amalan doa untuk melalui alam perkahwinan yang kekal hingga akhir hayat.

Buku ini menjawab persoalan yang selalu bermain di minda pasangan bagaimana untuk menjadi isteri atau suami pujaan, apakah petua untuk membuat kasih sayang terus mekar dan benarkan jika sudah jodoh tidak ke mana.

Ibarat perjalanan ke arah kematangan, buku ini membongkar rahsia cinta dan perhubungan bermula dengan memahami Bahasa Cinta Lelaki, Magnet Cinta: Membuat Orang Tertarik Hati Setiap Masa dan 77 Panduan Melembutkan Hati Lelaki.

Jangan tidak percaya, ada sembilan kesilapan dilakukan lelaki apabila membina perhubungan seperti mengharapkan tuah setiap masa, tidak seimbang dalam kehidupan, terlalu mencari pasangan klon diri dan selebihnya, dapatkan buku ini.

Hakikatnya, kita boleh menjadi Khadijah di hati Rasulullah kerana ramuan kebahagiaan hidup termasuk dalam berumahtangga sudah disajikan melalui penjelasan syarak bagaimana kehidupan perlu dilalui memenuhi fitrah.

Tajuk Rumah Itu Syurga Kita contohnya terus diterapkan hingga ke hari ini melalui pelbagai kempen sedangkan dari dulu lagi ia menjadi antara menu terpenting keluarga. Bagaimanapun, topik itu ditambah dengan elemen lain seperti panduan menyediakan makanan.

Siapa sangka, panduan menyediakan menu keluarga juga boleh menjadi faktor menentukan kebahagiaan pasangan dan semua itu dikembangkan penulis dalam buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah ini.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.