Posts Tagged ‘senarai kursus perkahwinan kuala lumpur’

Khadijah dan sudut pandang cinta moden

Tuesday, June 9th, 2009

Sebahagian buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dibincangkan dalam forum online Halaqah. Berikut merupakan sedutan perbincangan yng dipetik daripada buku dan tambahan pandangan para pelayar forum ini.
Falsafah cinta Khadijah diteladani, pendekatan moden juga sama-sama dipelajari.

Kita mampu membina cinta sehebat Khadijah. Ramuan kebahagiaan dalam dunia cinta dan perkahwinan yang diadun dengan betul mencipta keenakan dalam hidangan kasih yang tersaji. Formula kasih inilah yang menjadi hubungan bersama pasangan pencetus kasih daripada Tuhan dan pembina cinta Nabi kepada diri kita.

Dalam diri setiap wanita, ada sesuatu yang menjadi magnet menarik lelaki yang setia menjadi pasangan hidup. Magnet dalam diri ini mencipta episod-episod cinta yang indah dan bermakna sebagai memori manis sepanjang hayat.

Petikan 1

Jadilah bagaikan pencinta setia umpama Khadijah dalam dunia kontemporari ini.

Anda bagaikan Khadijah yang menjadi ingatan dan sebutan di bibir.

Anda juga bagaikan Khadijah yang menjadi puji-pujian atas kesantunan serta limpahan kebaikan yang dihargai oleh lelaki.

Anda bagaikan Khadijah yang menjadikan model kepada hubungan cinnta yang ideal ketika mana ramai yang ketandusan cinta.

Apabila kita bercinta, kita sedang membina syurga dan pada masa yang sama mencari-cari syurga itu.Apa yang dimaksudkan membina syurga dan mencari syurga itu ?

Hidup bersama pasangan di dunia menjadikan kita menukar warna dunia ini menjadi sesuatu yang indah dengan mencipta syurga yang disulami keindahan hidup bersama-samanya.

Dalam membina syurga di dunia,kita mencari syurga dalam hayat seterusnya yang dijanjikan Tuhan. Syurga yang menjanjikan kasih dan hidup bersama yang abadi.Kedua-dua syurga yang terus menjadi impian hidup kita bersama pasangan.

Petikan kedua

Kebahagiaan adalah anugerah yang berhak dimiliki.Menjadikan cinta pasangan sebagai ibadah memenuhi kekosongan jiwa, mendorong kebaikan,membuka pintu kasih, mencurahkan rahmat Tuhan dan tiket bertemu di syurga.

Petikan ketiga

Dia adalah wanita yang terus hidup dalam hati suaminya sampaipun ia telah meninggal dunia. Tahun-tahun yang terus berganti tidak dapat mengikis kecintaan sang suami padanya. Panjangnya masa tidak dapat menghapus kenangan bersamanya di hati sang suami.

Bahkan sang suami terus mengenangnya dan bertutur tentang andilnya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi. Sang suami terus mencintainya dengan kecintaan yang mendatangkan rasa cemburu dari istri yang lain, yang dinikahi sepeninggalnya.

(Mazin bin Abdul Karim Al Farih dalam kitabnya Al Usratu bilaa Masyaakil)

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Cinta lelaki dan mitos air mata

Tuesday, June 9th, 2009


Amboi, rupa-rupanya isu air mata senjata melemahkan lelaki dalam buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dibincangkan secara segar dan muda oleh blogger yang sudah membaca buku ini.
Boleh jadi Tuan Imran dapat huraikan lebih lanjut dalam pengalaman beliau menulis bab ini. Apakah benar lelaki tidak keruan dan serba salah apabila wanita mula menitiskan air mata. Adakah lelaki tetap keras hatinya meskipun air mata berjujuran ketika konflik si dia dan kekasih hati semakin memuncak?
Rata-rata berkata ya dan melihat itulah kekuatan yang dilihat daripada sesuatu yang zahirnya dianggap lemah. Bak kata blogger dan komentar kepada buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, sengaja kalah dengan kemenangan berganda.
Terima kasih atas diskusi di kalangan blogger dan pembaca Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.
Saya kongsikan sedikit pandangan blogger mengenai isu ini. Dipetik daripada blogger yang juga pembaca buku ini.
Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah kini di kedai-kedai buku utama seluruh negara di rak bahagian rujukan Islam, kekeluargaan dan motivasi.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.