Posts Tagged ‘Tip Penulis Bebas’

Kisah kursus penulisan rencana dan majalah di IAB

Saturday, April 4th, 2009







Puan Som Shariff dari Institut Aminudin Baki (IAB) Utara mengikuti beberapa siri penulisan rencana saya sebelum ini. Beliau memaklumkan kepada saya selepas bengkel tiga hari di IAB. Pastinya bertemu Puan menjadi satu penghormatan besar kepada diri saya.
Terima kasih atas doa Puan agar Allah terus mempermudahkan ruang rezeki berkarya dan membimbing mereka yang mahu memenuhi impian menghasilkan karya pada satu ketika nanti. Saya juga harapkan agar mendapat ruang dan peluang membaca karya-karya Puan dalam terbitan arus perdanan kelak, Insya Allah.
Tuan Yahya adalah pensyarah bahagian kewangan di IAB, Genting. Merupakan individu yang sangat aktif dan mempunyai besar dalam dunia pembacaan. Beliau juga menggalakkan anak-anak membaca. Antara karya yang menjadi koleksi untuk bacaan anak-anaknya ialah siri sejarah pahlawan Islam karya Tuan Abdul Latip atau Pak Latip dan siri sahabat Kole Kacang, tulisan allahyarham Ahmad Zafran atau Panaharjuna.
Puan C.S Quah salah seorang peserta yang aktif sepanjang tiga hari di IAB.
Sebelum program bermula

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Cerita kursus penulisan di IAB, Genting

Saturday, April 4th, 2009





Hari Kedua Bengkel Penulisan Berita & Rencana IAB
April 1, 2009 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Dari Pejabat Akademi, UtamaHari ini adalah hari kedua Bengkel Penulisan Berita & Rencana di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Hari ini sepanjang hari En. Zamri Mohamad memberikan input mengenai kaedah penulisan, teknik membuat dan menulis dalam blog dan mengenal pasaran.

Kehadiran hari bertambah daripada sekadar 13 orang semalam kepada 19 orang hari ini. Harapan Akademi Penulis bengkel ini dapat memberikan impak baik dalam melahirkan lebih ramai penulis di Malaysia. Koleksi gambar hari kedua disertakan di bawah.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.